Friday, August 25, 2017

Bila-bila Masa di Mana-mana Saja

Hari ini komunikasi tanpa sempadan telah menghubungkan manusia dengan mudah

Menjadi nadi penghubung berterusan

Tetapkan apa matlamat kita menyertai bisnes topup. Adakah untuk dapat untung semata mata? Memperoleh untung sudah semestinya. Namun mesti ada matlamat lain yang lebih bersifat kemanusiaan atau emosional, yang menjadi sebab utama kenapa orang mahu berurusan dengan kita.

Pengguna smartphone ini terdiri daripada pelbagai latarbelakang individu. Ada yang berkerjaya profesional, ahli perniagaan, pekerja biasa, pelajar universiti dan sekolah, serta banyak lagi. Statistik menunjukkan bahawa ada juga seorang pengguna memiliki sekurang kurangnya dua akaun telco atau nombor telefon. Masing masing ada sebab tersendiri kenapa perlu ada dua nombor.

Selain pengguna nombor prabayar, ramai juga yang menggunakan pascabayar atau menggunakan bil. Myprepaid2u juga menyediakan perkhidmatan pembayaran bil utiliti lain seperti TNB dan Astro. Maklumat lanjut perkhidmatan selain topup klik disini.

Secara umumnya, pengguna smartphone ada di mana mana saja. Sama ada kenalan kita atau orang lain yang berdekatan dengan kita. Kedai telekomunikasi juga ada di mana mana, selain menjual smartphone turut memberikan perkhidmatan yang sama seperti Myprepaid2u. Tetapi bagaimanakah kita boleh menarik pelanggan yang biasanya selalu membeli di kedai atau tahu guna perbankan online untuk beli topup.

Kita jangan beri tumpuan kepada produk yang dijual, tumpukan kepada perkhidmatan yang mahu diberikan. Kerana topup ada dijual di mana mana dan khidmat bayaran bil utiliti juga boleh dibuat di tempat tertentu. Justeru, peranan kita tidak begitu menonjol dan menjadi sebab untuk orang membeli daripada kita.

Perkhidmatan yang boleh ditawarkan adalah "topup dulu, bayar kemudian" dan tertakluk kepada terma dan syarat. Kita boleh buka tawaran kepada orang tertentu sahaja yang kita sudah kenal untuk membuat topup bila bila masa di mana mana saja dan bayaran terkumpul boleh dibayar hujung bulan. Ini untuk perkhidmatan topup sahaja.

Kita juga boleh buka tawaran kepada orang tertentu untuk membuat topup bila bila masa di mana mana saja tetapi tempoh bayaran perlu dibuat apabila bertemu atau kita akan membuat kutipan sendiri. Ada pelanggan yang memang tak suka berhutang lama, tetapi jika ada kemudahan seperti ini mereka sangat berbesar hati kerana disaat perlu segera mereka tidak bersusah payah untuk mendapatkannya.

Pada masa yang sama juga boleh memberi tumpuan kepada khidmat kaunter bergerak bayaran bil utiliti. Nyatakan apa jenis bil yang boleh dibayar dan khidmat bergerak boleh dilakukan dengan berjumpa pelanggan. Atau jika pelanggan tidak kisah, minta nombor akaun bil dan kita buat transaksi bayaran dahulu. Resit bil akan dikeluarkan semasa membuat tuntutan bayaran. Jadi, pelanggan lebih mudah untuk bayar bil kerana kita sudah bayar dahulu untuk mereka.

Ada pelanggan yang sibuk dengan urusan harian mereka sehingga tidak berkesempatan membeli topup dan melakukan topup sendiri atau pergi ke mana mana kaunter pembayaran bil. Justeru, khidmat bergerak kita mungkin boleh membantu mereka dan menyelesaikan urusan yang kurang penting tetapi boleh terus kekal berhubung dengan perkhidmatan kita.

Bisnes topup dan khidmat bayaran bil kelihatan biasa biasa sahaja dan kadar keuntungannya sedikit sahaja. Namun, dengan khidmat melayani lebih ramai pelanggan dan berjumpa dengan mereka akan menghasilkan keuntungan terkumpul yang banyak. Bagi memastikan keuntungan yang stabil setiap bulan, usaha menarik pelanggan setia yang tetap perlu dilakukan.

Thursday, August 24, 2017

Akaun Simpanan Modal di Myprepaid2u

CARA TERBAIK MENYIMPAN WANG


# Adakah anda menyimpan wang di bank? Berapa pulangan diperoleh menyimpan di bank?

# Adakah anda juga menyimpan wang di ASB atau saham amanah yang lain? Berapa pulangan diperoleh menyimpan ASB?

Kita teruskan saja menyimpan di bank dan ASB jika ada keperluannya. Mungkin untuk persediaan di waktu kecemasan boleh terus keluarkan wang di mesin ATM atau lebih selamat dan selesa simpan di ASB.

Tahukah anda bahawa dengan memiliki akaun jualan topup seperti Myprepaid2u kita juga boleh menyimpan wang tetap dan paling menggembirakan setiap simpanan yang dibelanjakan untuk membeli dan menjual topup boleh disimpan semula serta menghasilkan untung antara 3%-7% bagi setiap transaksi.

Anda simpan RM500 misalnya, setiap perbelanjaan dan jualan RM10 topup celcom akan menghasilkan 5% untung bersamaan 50 sen. Jika kesemua RM500 itu dibelanjakan dan dijual maka untungnya RM500 x 5% = RM25.

Persoalannya berapa lama RM500 itu boleh habis dibelanja dengan jualan topup. Adakah 1 jam, setengah hari, 1 hari, seminggu, sebulan? Jika habis dalam tempoh 1 jam bermakna untung RM25 sejam. Simpan semula RM500 itu dalam akaun jualan topup dan berbelanjalah dengan menjual topup.

Bagaimana kalau dalam sehari boleh pusing modal RM500 sebanyak 2 kali? Untungnya RM50 sehari. Kalau seminggu RM50 x 7 hari = RM350. Kalau sebulan RM350 x 4 = RM1400. Itu contoh perkiraan untungnya jika berjaya menghasilkan jualan dengan pusingan modal yang pantas.

Adakah simpanan di bank dan ASB boleh buat begitu? Kita boleh kawal simpanan kita dan gunakannya untuk menjana untung. Itulah manfaat menyimpan wang sebagai modal jualan dalam akaun jualan topup.
------------------------------------------------------------
Maklumat lanjut dan pendaftaran di sini :
http://myprepaid2u.com/harisreload

Menyimpan Wang Dalam Bentuk Aset Bisnes


Menjana Untung Dengan Menyimpan Duit Dalam Akaun Modal Jualan Topup

Jangan kita melihat bisnes topup ini dari sudut jualan semata mata. Apabila melihat diri kita sebagai penjual maka kita akan terfikir ada banyak lagi bisnes lain yang lebih menguntungkan.

Topup hanya untung sen sen sahaja dan banyak lagi orang yang menjualnya. Lagi pun apabila menjualnya dengan kawan kawan selalu kena hutang dan ada yang tak dibayar.

Cuba lihat bisnes topup sebagai satu bentuk pelaburan untuk simpanan masa depan dengan menjana keuntungan. Sebelum itu ada 2 jenis pelaburan iaitu :

1. Pelaburan modal kewangan
2. Pelaburan aset modal

Pelaburan modal kewangan bermaksud kita simpan duit untuk dilaburkan sebagai modal bisnes dan dapat bahagian untung. Contoh ASB, duit kita simpan di ASB dilabur oleh PNB untuk projek ladang kelapa sawit misalnya. Cukup tempoh setahun dapat bahagian 10% daripada jumlah simpanan pelaburan kita.

Pelaburan aset modal pula bermaksud, beli peralatan atau sistem yang boleh menjana untung. Contoh rumah sewa, kos bina rm100 ribu. Sewa sebulan rm1000, setahun dapat rm120,000. Tolak kos bina dapat untung rm20,000. Itu belum lagi tolak kos baiki kerosakan jika ada atau tambahan parking kenderaan.

Topup Cara Mudah Belajar Menyimpan Dengan Melabur Duit dan Aset

Topup mempunyai 2 ciri pelaburan itu, bagaimana? Sebelum memulakan bisnes topup mesti ada alat dan sistemnya. Semua tu kena bayar dengan duit. Beli henpon dengan harga tertentu dan beli sistem topup pada harga tertentu.

Jika henpon harganya rm700 dan sistem topup rm50 maka kosnya adalah rm750. Ia adalah harga untuk beli aset modal. Kos itu tidak hangus sebaliknya sudah menjadi alat atau aset modal. Dengan modal rm750 sudah dapat menjana untung dengan menggunakan henpon dan sistem topup. Itu adalah harganya.

Tapi harga itu nanti akan berbaloi jika dapat membuat untung jualan topup. Keuntungannya akan berterusan sampai bertahun tahun. Kos rm750 itu menghasilkan keuntungan berlipat kali ganda kelak.

Tetapi, sebelum boleh menjana untung perlu simpan modal duit di dalam akaun jualan sistem topup. Duit ini kekal ada dalam simpanan modal, cuma ia boleh dipusingkan berkali kali jadi modal dan tidak beku terperap begitu saja dalam akaun.

Ini berbeza dengan duit yang kita simpan dalam akaun bank dan sama dengan duit yang disimpan dalam akaun pelaburan amanah seperti ASB. Cuma bezanya simpanan duit dalam ASB dengan akaun jualan topup adalah kita mengawal sepenuhnya pusingan modal duitnya. Bagaimana?

Apabila kita simpan rm500 misalnya ke dalam akaun jualan topup dan purata bagi semua untung jualan setiap topup adalah 7%. Keuntungan jualan tak dikira secara tahunan. Sebaliknya dikira dengan tempoh masa berapa cepat modal pusingan rm500 itu habis dalam akaun jualan.

Tapi duit itu tak hilang ke mana mana pun. Sebab bila kita jual topup, orang beli bayar tunai kita kumpul semula duit yang keluar dari akaun jualan topup menjadi duit tunai ditangan. Jadi, dengan modal pusingan rm500 purata untung 7% = rm35.

Persoalannya berapa lama pusingan modal itu dapat bertahan dalam akaun jualan? Bergantung kepada kekerapan orang membeli dan berapa ramai orang yang membeli daripada kita. Misalnya, disebabkan kita baru mula maka modal pusingan rm500 itu akan habis dalam tempoh seminggu je untuk bulan ini. Maka kiraannya rm35 X 4 minggu = rm140 sebulan.

Bulan depan hasil usaha kita perkenalkan jualan topup kepada lebih ramai kenalan membuatkan jualan meningkat dan dalam seminggu saja 2 kali pusingan modal rm500 itu berputar. Maknanya seminggu untung rm70 dan sebulan rm280.

Setiap bulan pusingan modal rm500 itu semakin rapat sehingga 10 kali bersamaan rm5000 seminggu. Bermakna untung rm350 seminggu dan dalam sebulan dapat rm1400.

Nah, nampak tak bagaimana dengan hanya bermodalkan harga henpon dan akaun sistem jualan berjumlah rm750 kemudian duit modal pusingan rm500 akhirnya menjana untung rm1400 sebulan.

Jumlah itu mungkin akan terus bertambah dari setahun ke setahun bergantung kepada berapa ramai orang yang beli dan berapa kerap orang yang topup.

Untuk mengetahui berapa ramai dan kerap, lihat trend penggunaan henpon semasa. Adakah sekadar untuk panggilan saja atau menggunakannya untuk bersosial di facebook, menonton youtube dan sebagainya. Ini kita kena perhatikan orang di sekeliling kita. Disitu lah nampak peluangnya.

Kesimpulannya, untuk menyimpan duit dengan bijak perlu melihat sejauh mana simpanan itu boleh memberi keuntungan. Menyimpan rm500 di dalam akaun ASB belum tentu untung banyak.

Begitu juga bila kita membeli aset atau peralatan, memiliki banyak rumah belum tentu boleh menjana untung. Jika ada 2 buah rumah tanpa disewa selepas 3 tahun belum tentu boleh dapat menjana untung rm16,800 setahun pada tahun ketiga jual topup. Kos beli 2 buah rumah rm200,000 manakala kos mula buat bisnes topup rm750 sahaja.

Cara berfikir akan menentukan sama ada kita untung atau rugi, cepat dapat untung atau tunggu masa lama nak mula buat bisnes tanpa buat untung sesen pun hanya merugikan masa kita.

Usah tunggu lama, masa terus berjalan. Mulakan saja buat bisnes topup sekarang, ia akan berkembang seiring dengan perjalanan masa?

Proses Beli Mesin Printer Topup


Bagaimana nak beli mesin topup daripada kami?

Anda boleh jadi Master Dealer dulu tanpa perlu beli mesin topup. Yuran buka akaun dikenakan RM50.

Jika anda mahu beli mesin topup terus, yuran buka akaun hanya RM20 sahaja. Mesin pula harga lain. Berapa harga satu set mesin? Sila whatsapp kami 0146782867.

Berikut adalah proses beli mesin topup daripada kami :

  1. Whatsapp kami dulu bagitahu minat nak beli untuk bisnes topup dan khidmat bayar bil. Tak minat tak perlu tanya. Saja nak tanya saja pun ok jerr. Takkan tanya pun tak boleh kan...
  2. Kami akan bagi detail tentang mesin topup, berapa harga termasuk pos dan cara bayaran dilakukan.
  3. Selepas bayaran disahkan, beri nama dan alamat anda untuk urusan poslaju. Nanti kita bincang dalam whatsapp. Tak nak pakai whatsapp, pm dalam facebook pun boleh.
  4. Selesai semua apa yang perlu buat, bungkusan poslaju mesin topup anda akan dihantar terus sampai ke alamat dituju. Sampai antara 3-5 hari waktu bekerja. 
Bagaimana kalau kertas cetak dah habis..??

Dalam set bungkusan yang dihantar cuma diberi 1 roll saja. Kalau dah habis boleh beli di kedai alatulis. Beli ikut saiz lebar kertas. Ada dijual dalam bentuk roll yang tebal dan nipis ikut harga.

Kertas cetak ini tak sama macam yang biasa, ia adalah jenis cetakan termal yang tak pakai ink. Anda boleh tanya towkey kedai atau pembantunya, kalau tak nak tanya pun boleh. Nak tau bagaimana rupa kertas cetak ini ialah perhatikan permukaan depannya berkilat dan licin.

Kalau tak ada jumpa di kedai alatulis berdekatan anda, whatsapp saja kami dan kami akan tolong beli. Kena beli banyaklah untuk stok jangka masa lama.

Khidmat Jualan Nombor Pin dan Bil Utiliti


Berikut adalah senarai pin prabayar dan bil bil yang boleh dibayar

Pin prabayar :
  1. Celcom pin
  2. Celcom idd pin
  3. Maxis pin
  4. Maxis plus pin
  5. Digi pin
  6. Digi wow pin
  7. Umobile pin
  8. Tunetalk pin
  9. Xox/onexox pin
  10. Tmgo pin
  11. Astro njoi pin
  12. Mol pin
  13. Merchantrade pin
  14. Lebara pin
  15. Yes pin
  16. Frendi pin
  17. Grab pin

Bil pascabayar dan bil utiliti
  1. Celcom bill
  2. Maxis bill
  3. Digi bill
  4. Umobile bill
  5. Tm bill
  6. Redone bill
  7. Xox bill
  8. Yes bill
  9. Unifi bill
  10. Astro bill
  11. Tnb bill
  12. Syabas bill
  13. Indahwater bill
  14. Air melaka bill
  15. Air johor bill
  16. Air perak bill
  17. Air kelantan bill
  18. Air kuching bill
  19. Sada bill
  20. Satu bill
  21. Webe p1 bill
  22. Sains bill
  23. Sesb bill

Mesin Printer Topup Untuk Apa?


Setelah menjadi Master Dealer topup, kita bercadang mahu beli mesin topup lagi. Apa yang mesin ini boleh buat?
  1. Cetak nombor pin topup
  2. Cetak bayaran bill
Sesetengah orang tak mahu topup terus. Ada yang mahukan nombor pin atas alasan peribadi. Mungkin tak mahu nombor telefonnya diketahui, mungkin juga mahu simpan nombor pin untuk guna bila bila masa perlu.

Kita boleh cetak saja nombor pin bagi telco yang banyak pelanggan kita mahu. Contoh cetak saja 10 keping nombor pin digi RM10. Apabila pelanggan mahu beli, keluarkan saja dalam simpanan dan jual. Stok sudah tersedia.

Bagi Master Dealer yang ada kedai sendiri, mesin ini sediakan saja di kaunter bayaran. Pelanggan mahu baru cetak. Bahkan kaunter itu juga boleh buat urusniaga bayaran bil tertentu. Jadi, pelanggan akan tahu bil apa boleh dibayar dan mereka tak perlu pergi jauh dan berbaris di kaunter pejabat pos untuk bayar bil utiliti.

Walaupun ada bil boleh dibayar guna online banking, bagi sesetengah orang ada yang suka bayar tunai di kaunter. Atau ternampak saja ada kaunter bayaran bil, akan terus buat bayaran untuk tidak mahu buang masa tunggu lama atau bertangguh bayar bil.

Ini adalah perkhidmatan untuk kemudahan pelanggan. Jadi, kita boleh adakan khidmat ini. Setiap kali transaksi bayaran dilakukan, komisen dalam bentuk diskaun daripada potongan duit dalam akaun diberikan. Satu bil satu transaksi. Kalau ada 5 bil sekaligus maka dikira 5 transaksi yang akan diberi komisen.

Mahu beli Mesin Topup...??

Pin Prabayar dan 
bil Pascabayar apa 
yang boleh dicetak...??

Bagaimana Menjana Untung Bisnes Topup


Kefahaman bagaimana dapat untung bisnes topup sangat penting bagi seorang beginner atau yang baru nak berjinak jinak dengan bisnes ini.

Asasnya, bila anda jadi ejen jual topup perlu buka akaun modal. Bila sebut akaun modal bukannya akaun bank anda. Ia adalah akaun khas tempat letak modal bisnes topup.

Bila modal masuk dalam akaun ini, anda dapat beli topup pada harga diskaun. Dipotong terus dari jumlah akaun modal anda. Akaun ini menggunakan nombor henpon anda sebagai rujukan.

Jadi, sebaiknya jangan lah asyik tukar nombor henpon saja. Atau paling baik beli satu nombor henpon khas untuk jual topup saja.

Contoh kalau anda seorang ejen Master Dealer dapat untung jual topup Celcom 5%. Bermaksud 5% daripada nilai topup. Jika nilainya RM10 maka 50 sen dapat, jika RM5 maka 25 sen dapat, jika RM30 maka RM1.50 dapat.

Secara ringkasnya begini contoh kiraannya :
  1. Seorang kawan anda nak beli topup Celcom RM50 untuk aktifkan internet bulanan katanya. Dia akan bayar anda RM50.
  2. Anda akan login masuk akaun modal, di dalamnya ada RM200 misalnya. Apabila anda topup nombor henpon kawan anda itu, akaun hanya dipotong sebanyak RM47.50. Bukannya RM50. Ini berdasarkan diskaun 5% yang diterima anda sebagai untung.
  3. Jadi, kawan anda bayar RM50 maka untung RM2.50 itu anda dapat tunai. Akaun modal anda cuma dipotong RM47.50 sahaja. Mudah saja kiraannya. Senang faham.
Berdasarkan perkiraan di atas, itu baru saja sekali topup RM50 Celcom dapat untung 5% = RM2.50. untuk seorang pelanggan atau satu nombor henpon.

Kalau kawan anda ada 2-3 nombor henpon, campur semua dapat sehingga lebih 10%. Kalau anda ramai kawan yang nak topup, sudah berapa % boleh dapat. Belum lagi kalau anda jual secara terbuka dengan buka kaunter jualan di rumah atau kiosk jualan.