Thursday, August 24, 2017

Tak Rugi Jual Topup


Ada orang jual topup ni untuk suka suka saja pada mulanya. Tapi lama kelamaan apabila ramai kawan, saudara mara, kawan kepada kawan, kawan kepada saudara mara yang topup.

Komisen yang sen sen saja untuk sekali nilai topup terkumpul jadi banyak dan mula menjadi satu sumber pendapatan yang lumayan.

Tak susah mana pun jual topup, walaupun banyak kedai yang jual topup atau perbankan online yang jual topup. Barang yang sangat perlu dan banyak diguna ramai orang yang mempunyai smartphone.

Tak kira orang tua atau muda, ada yang sudah pandai pakai facebook, whatsapp. Habis saja kredit atau kuota internet maka henpon perlu di topup semula.

Apa classs jual topup?? Bisnes budak budak?? 

Tak kira apa barang sekalipun kalau jual boleh buat duit, ia tetap bisnes yang menguntungkan. Kalau kita tak nak lagi jalankan bisnes ini kelak, serah pada anak anak dan latih mereka cara bagaimana nak urus atau guna.

Rugi kalau pelanggan tetap sudah ramai mahu ditutup bisnes. Kita sudah mulakannya dengan baik dan cemerlang, maka perlu diteruskan dengan menyerahkan semua pelanggan setia kepada pewaris terdekat.

Kalau kita mahu buka kedai makan atau kedai alatulis atau runcit sekalipun, bisnes topup ini masih boleh dibawa bersama dalam rangkaian bisnes baru. Kalau kerja di pejabat sekalipun tetap juga ada pelanggan.

Apa nak malu jual topup. Kalau tak ada topup, henpon mahal jenama apple sekalipun langsung tak boleh pakai. Hanya untuk glamer dan perhiasan saja tapi kredit di dalam kosong.

Apa Mahu Tunggu Lagi...!!
Tak perlu ragu ragu

No comments:

Post a Comment