Menjana Untung Dengan Menyimpan Duit Dalam Akaun Modal Jualan Topup
Jangan kita melihat bisnes topup ini dari sudut jualan semata mata. Apabila melihat diri kita sebagai penjual maka kita akan terfikir ada banyak lagi bisnes lain yang lebih menguntungkan.
Topup hanya untung sen sen sahaja dan banyak lagi orang yang menjualnya. Lagi pun apabila menjualnya dengan kawan kawan selalu kena hutang dan ada yang tak dibayar.
Cuba lihat bisnes topup sebagai satu bentuk pelaburan untuk simpanan masa depan dengan menjana keuntungan. Sebelum itu ada 2 jenis pelaburan iaitu :
1. Pelaburan modal kewangan
2. Pelaburan aset modal
Pelaburan modal kewangan bermaksud kita simpan duit untuk dilaburkan sebagai modal bisnes dan dapat bahagian untung. Contoh ASB, duit kita simpan di ASB dilabur oleh PNB untuk projek ladang kelapa sawit misalnya. Cukup tempoh setahun dapat bahagian 10% daripada jumlah simpanan pelaburan kita.
Pelaburan aset modal pula bermaksud, beli peralatan atau sistem yang boleh menjana untung. Contoh rumah sewa, kos bina rm100 ribu. Sewa sebulan rm1000, setahun dapat rm120,000. Tolak kos bina dapat untung rm20,000. Itu belum lagi tolak kos baiki kerosakan jika ada atau tambahan parking kenderaan.
Topup Cara Mudah Belajar Menyimpan Dengan Melabur Duit dan Aset
Topup mempunyai 2 ciri pelaburan itu, bagaimana? Sebelum memulakan bisnes topup mesti ada alat dan sistemnya. Semua tu kena bayar dengan duit. Beli henpon dengan harga tertentu dan beli sistem topup pada harga tertentu.
Jika henpon harganya rm700 dan sistem topup rm50 maka kosnya adalah rm750. Ia adalah harga untuk beli aset modal. Kos itu tidak hangus sebaliknya sudah menjadi alat atau aset modal. Dengan modal rm750 sudah dapat menjana untung dengan menggunakan henpon dan sistem topup. Itu adalah harganya.
Tapi harga itu nanti akan berbaloi jika dapat membuat untung jualan topup. Keuntungannya akan berterusan sampai bertahun tahun. Kos rm750 itu menghasilkan keuntungan berlipat kali ganda kelak.
Tetapi, sebelum boleh menjana untung perlu simpan modal duit di dalam akaun jualan sistem topup. Duit ini kekal ada dalam simpanan modal, cuma ia boleh dipusingkan berkali kali jadi modal dan tidak beku terperap begitu saja dalam akaun.
Ini berbeza dengan duit yang kita simpan dalam akaun bank dan sama dengan duit yang disimpan dalam akaun pelaburan amanah seperti ASB. Cuma bezanya simpanan duit dalam ASB dengan akaun jualan topup adalah kita mengawal sepenuhnya pusingan modal duitnya. Bagaimana?
Apabila kita simpan rm500 misalnya ke dalam akaun jualan topup dan purata bagi semua untung jualan setiap topup adalah 7%. Keuntungan jualan tak dikira secara tahunan. Sebaliknya dikira dengan tempoh masa berapa cepat modal pusingan rm500 itu habis dalam akaun jualan.
Tapi duit itu tak hilang ke mana mana pun. Sebab bila kita jual topup, orang beli bayar tunai kita kumpul semula duit yang keluar dari akaun jualan topup menjadi duit tunai ditangan. Jadi, dengan modal pusingan rm500 purata untung 7% = rm35.
Persoalannya berapa lama pusingan modal itu dapat bertahan dalam akaun jualan? Bergantung kepada kekerapan orang membeli dan berapa ramai orang yang membeli daripada kita. Misalnya, disebabkan kita baru mula maka modal pusingan rm500 itu akan habis dalam tempoh seminggu je untuk bulan ini. Maka kiraannya rm35 X 4 minggu = rm140 sebulan.
Bulan depan hasil usaha kita perkenalkan jualan topup kepada lebih ramai kenalan membuatkan jualan meningkat dan dalam seminggu saja 2 kali pusingan modal rm500 itu berputar. Maknanya seminggu untung rm70 dan sebulan rm280.
Setiap bulan pusingan modal rm500 itu semakin rapat sehingga 10 kali bersamaan rm5000 seminggu. Bermakna untung rm350 seminggu dan dalam sebulan dapat rm1400.
Nah, nampak tak bagaimana dengan hanya bermodalkan harga henpon dan akaun sistem jualan berjumlah rm750 kemudian duit modal pusingan rm500 akhirnya menjana untung rm1400 sebulan.
Jumlah itu mungkin akan terus bertambah dari setahun ke setahun bergantung kepada berapa ramai orang yang beli dan berapa kerap orang yang topup.
Untuk mengetahui berapa ramai dan kerap, lihat trend penggunaan henpon semasa. Adakah sekadar untuk panggilan saja atau menggunakannya untuk bersosial di facebook, menonton youtube dan sebagainya. Ini kita kena perhatikan orang di sekeliling kita. Disitu lah nampak peluangnya.
Kesimpulannya, untuk menyimpan duit dengan bijak perlu melihat sejauh mana simpanan itu boleh memberi keuntungan. Menyimpan rm500 di dalam akaun ASB belum tentu untung banyak.
Begitu juga bila kita membeli aset atau peralatan, memiliki banyak rumah belum tentu boleh menjana untung. Jika ada 2 buah rumah tanpa disewa selepas 3 tahun belum tentu boleh dapat menjana untung rm16,800 setahun pada tahun ketiga jual topup. Kos beli 2 buah rumah rm200,000 manakala kos mula buat bisnes topup rm750 sahaja.
Cara berfikir akan menentukan sama ada kita untung atau rugi, cepat dapat untung atau tunggu masa lama nak mula buat bisnes tanpa buat untung sesen pun hanya merugikan masa kita.
Usah tunggu lama, masa terus berjalan. Mulakan saja buat bisnes topup sekarang, ia akan berkembang seiring dengan perjalanan masa?
No comments:
Post a Comment