Friday, August 25, 2017

Bila-bila Masa di Mana-mana Saja

Hari ini komunikasi tanpa sempadan telah menghubungkan manusia dengan mudah

Menjadi nadi penghubung berterusan

Tetapkan apa matlamat kita menyertai bisnes topup. Adakah untuk dapat untung semata mata? Memperoleh untung sudah semestinya. Namun mesti ada matlamat lain yang lebih bersifat kemanusiaan atau emosional, yang menjadi sebab utama kenapa orang mahu berurusan dengan kita.

Pengguna smartphone ini terdiri daripada pelbagai latarbelakang individu. Ada yang berkerjaya profesional, ahli perniagaan, pekerja biasa, pelajar universiti dan sekolah, serta banyak lagi. Statistik menunjukkan bahawa ada juga seorang pengguna memiliki sekurang kurangnya dua akaun telco atau nombor telefon. Masing masing ada sebab tersendiri kenapa perlu ada dua nombor.

Selain pengguna nombor prabayar, ramai juga yang menggunakan pascabayar atau menggunakan bil. Myprepaid2u juga menyediakan perkhidmatan pembayaran bil utiliti lain seperti TNB dan Astro. Maklumat lanjut perkhidmatan selain topup klik disini.

Secara umumnya, pengguna smartphone ada di mana mana saja. Sama ada kenalan kita atau orang lain yang berdekatan dengan kita. Kedai telekomunikasi juga ada di mana mana, selain menjual smartphone turut memberikan perkhidmatan yang sama seperti Myprepaid2u. Tetapi bagaimanakah kita boleh menarik pelanggan yang biasanya selalu membeli di kedai atau tahu guna perbankan online untuk beli topup.

Kita jangan beri tumpuan kepada produk yang dijual, tumpukan kepada perkhidmatan yang mahu diberikan. Kerana topup ada dijual di mana mana dan khidmat bayaran bil utiliti juga boleh dibuat di tempat tertentu. Justeru, peranan kita tidak begitu menonjol dan menjadi sebab untuk orang membeli daripada kita.

Perkhidmatan yang boleh ditawarkan adalah "topup dulu, bayar kemudian" dan tertakluk kepada terma dan syarat. Kita boleh buka tawaran kepada orang tertentu sahaja yang kita sudah kenal untuk membuat topup bila bila masa di mana mana saja dan bayaran terkumpul boleh dibayar hujung bulan. Ini untuk perkhidmatan topup sahaja.

Kita juga boleh buka tawaran kepada orang tertentu untuk membuat topup bila bila masa di mana mana saja tetapi tempoh bayaran perlu dibuat apabila bertemu atau kita akan membuat kutipan sendiri. Ada pelanggan yang memang tak suka berhutang lama, tetapi jika ada kemudahan seperti ini mereka sangat berbesar hati kerana disaat perlu segera mereka tidak bersusah payah untuk mendapatkannya.

Pada masa yang sama juga boleh memberi tumpuan kepada khidmat kaunter bergerak bayaran bil utiliti. Nyatakan apa jenis bil yang boleh dibayar dan khidmat bergerak boleh dilakukan dengan berjumpa pelanggan. Atau jika pelanggan tidak kisah, minta nombor akaun bil dan kita buat transaksi bayaran dahulu. Resit bil akan dikeluarkan semasa membuat tuntutan bayaran. Jadi, pelanggan lebih mudah untuk bayar bil kerana kita sudah bayar dahulu untuk mereka.

Ada pelanggan yang sibuk dengan urusan harian mereka sehingga tidak berkesempatan membeli topup dan melakukan topup sendiri atau pergi ke mana mana kaunter pembayaran bil. Justeru, khidmat bergerak kita mungkin boleh membantu mereka dan menyelesaikan urusan yang kurang penting tetapi boleh terus kekal berhubung dengan perkhidmatan kita.

Bisnes topup dan khidmat bayaran bil kelihatan biasa biasa sahaja dan kadar keuntungannya sedikit sahaja. Namun, dengan khidmat melayani lebih ramai pelanggan dan berjumpa dengan mereka akan menghasilkan keuntungan terkumpul yang banyak. Bagi memastikan keuntungan yang stabil setiap bulan, usaha menarik pelanggan setia yang tetap perlu dilakukan.

No comments:

Post a Comment