Thursday, August 24, 2017

Tips 3 : Jangan Mulakan Dengan Dihutang

Tips Reload 3 :
Jangan Bermula Dengan Hutang

Apabila anda baru nak mulakan bisnes topup dengan modal pusingan yang rendah, jangan mahu dihutang. Siapa nak topup bayar cash terus. Wasap boleh, sms boleh tapi bila jumpa nanti mesti bayar terus.

Malam ini wasap suruh topup, esok lusa jumpa bayar terus. Jangan terima hutang sampai hujung bulan terima gaji bayar. Itu adalah syarat wajib perlu dari mula lagi. Modal anda masih sedikit dan memerlukan isian semula pusingan modal segera selepas habis dalam akaun.

Mulakan bisnes tepi yang mudah. Kunjungi kedai online kami di sini

Jika tidak, bisnes topup anda akan tersangkut pada modal yang tak dibayar. Anda mesti tegas kerana jatuh bangun bisnes topup ditangan anda. Pedulikan kata kata rakan yang mempersendakan anda kerana tak mahu dihutang.

Tinggalkan rakan yang suka berhutang tapi susah nak bayar cepat. Mereka ini tidak membantu dan menyokong bisnes anda. Fokus kepada mereka yang anda kenal dan mempunyai disiplin dalam hal duit atau tidak suka hutang lama lama.

Cari sebanyak mungkin orang yang boleh menjadi pelanggan tetap anda dan tawarkan khidmat jualan topup dulu bayar kemudian. Malam malam nak topup atau sewaktu kecemasan nak guna topup anda terima permintaan mereka.

Mereka inilah yang akan membantu mengembangkan bisnes topup anda.

Mahu tahu lanjut lagi?? Tak payah PM. Mula terokai maklumat bisnes topup 
DI SINI

No comments:

Post a Comment