Thursday, August 24, 2017

Proses Pendaftaran Akaun Topup


Selepas mengetahui serba sedikit maklumat tentang peluang jadi ejen Master Dealer topup, ramai yang akan mula tanya bagaimana nak join? Bagaimana nak daftar? Bagaimana nak bayar? Berapa modal nak pusing? Berapa yuran nak aktif akaun ejen?

Persoalan ini sangat penting sebelum buat keputusan jadi ejen. Secara ringkas, berikut adalah prosesnya sehingga perkhidmatan jualan anda mula beroperasi :

  1. Kami tanya dulu, anda minat nak bisnes topup atau tak. Kalau tak minat jangan teruskan baca proses ke-2.
  2. Yuran aktif akaun RM50 sekali seumur hidup. Ini belum termasuk modal lagi. Ini bayaran hangus sekali pakai. Untuk modal sila tambah kemudian. Tak kira berapa banyak, RM50 atau RM500 sukahati anda nak jadikan modal pusingan.
  3. Cara nak bayar yuran, bank in ke akaun maybank kami. Whatsapp ke 0146782867 untuk dapatkan nombor akaun.
  4. Selepas kami sahkan pembayaran dah buat, kami akan masuk dalam sistem dan daftar NAMA anda dan NOMBOR HENPON anda sebagai nombor akaun. Nombor henpon ini saja yang boleh diguna untuk masuk akaun modal anda bagi urusniaga jualbeli dan tambah modal.
  5. Anda akan terima password untuk masuk akaun modal. Klik DISINI untuk tengok bagaimana rupa website untuk masuk akaun bisnes ejen topup anda. Anda diminta masukkan nombor henpon yang didaftar dan password. 
  6. Peringatan... Sila simpan baik baik password, ingatkan dan jangan lupa. Anda boleh tukar password yang senang nak ingat setelah berjaya masuk akaun. Ini bukan sebarangan akaun, di dalamnya ada duit modal anda. Perlu ambil serius perkara ini. Kalau lupa kemungkinan akaun anda takkan dapat masuk lagi adalah tinggi.
  7. Anda juga boleh masuk akaun menggunakan android apps. Klik Disini untuk download apps di Google playstore. Setelah berjaya download, pertama kali guna sila masukkan server key "myprepaid2u". Selepas sistem server ditetapkan sila masukkan nombor henpon yang didaftar dan password. Password juga boleh ditukar selepas berjaya masuk.
  8. Anda cuba terokai sendiri dulu setiap fungsi dalam sistem akaun website dan aplikasi android tersebut. Kalau ada yang tak faham, whatsapp saja dan kami akan bimbing untuk faham bagaimana guna.
  9. Sudah faham semuanya bagaimana nak guna seperti cara nak jual guna direct topup, cara nak jual guna softpin, cara nak bayar bil dan sebagainya. Maka anda tentu lah tak nak buang masa mahu mulakan bisnes.
  10. Bayaran RM50 sebelum ini cuma untuk aktif akaun dan bimbingan lanjut cara nak guna sistem dalam akaun. Untuk mula bisnes anda perlu tambah modal dalam akaun tersebut dengan jumlah pusingan minimum RM50. Tapi kalau anda mahu mula jual pada orang lain sekurangnya sediakan RM100 dalam akaun.
  11. Bagaimana nak tambah modal tersebut. Ada dua pilihan kami beri. Anda bank in terus ke akaun maybank Admin syarikat yang menyedia sistem itu, atau kami bantu anda bank in tanpa sebarang caj.
  12. Kenapa kami mahu bantu anda? Sebelum ini pernah berlaku masalah bank in ejen topup kami tidak masuk akaun modal lebih daripada sehari akibat kesilapan kod. Perkara ini terjadi kerana baru nak mula. Belum biasa guna.
  13. Bagaimana kami akan bantu anda? Anda bank in ke akaun maybank kami jumlah modal yang nak dimasukkan ke dalam akaun topup anda (whatsapp kami untuk minta nombor akaun maybank). Kami akan transfer jumlah tersebut dari akaun kami ke akaun anda.
  14. Apabila anda sudah pandai bank in sendiri terus ke akaun penyedia perkhidmatan sistem, anda lakukanlah sendiri lagi. Kini anda sudah tau mengurus akaun bisnes topup sendiri. Kami akan beri nombor akaun di mana perlu anda bank in terus tanpa melalui kami lagi.
  15. Pastikan bila anda bank in sendiri guna kod sms yang betul atau boleh juga guna android untuk memberitahu kepada Admin penyedia sistem bahawa anda ada bank in tambah modal. Whatsapp kami untuk dapatkan kod sms dan nombor henpon yang nak dituju. Bank in hari ini mesti hantar sms atau beritahu guna android hari ini juga. Jangan tunggu esok.
  16. Tapi kalau anda masih mahu kami bantu bank in dan transfer ke dalam akaun modal bisnes topup anda tak ada masalah. Tiada caj servis dikenakan. Ianya percuma saja.
  17. Selain guna website dan android, anda juga boleh topup guna sms. Tapi caj biasa sms akan dikenakan oleh penyedia khidmat telekomunikasi anda. Kalau banyak kali sehari memang nampak rugi berbanding guna line internet untuk website dan android.
  18. Sms adalah pilihan terakhir jika anda nak topup diluar kawasan liputan internet, atau signal internet 3G/4G henpon tak kuat. Nak topup guna sms ada kod nya sendiri dan hantar ke nombor henpon khas dituju. Untuk bantuan whatsapp saja kami nanti.
Begitu lah proses pendaftaran ejen sehingga anda berjaya buat sendiri bisnes topup. Kalau dalam proses itu anda kurang jelas atau masih tak faham, whatsapp saja kami di 0146782867 dengan menyatakan apa yang anda tak faham.
_______________________________________

  • Proses cara daftar dah faham sikit sikit, tapi anda masih kurang faham bagaimana komisen jualan dibayar. Baca POSTING INI.

No comments:

Post a Comment