Thursday, August 24, 2017

Bagaimana Menjana Untung Bisnes Topup


Kefahaman bagaimana dapat untung bisnes topup sangat penting bagi seorang beginner atau yang baru nak berjinak jinak dengan bisnes ini.

Asasnya, bila anda jadi ejen jual topup perlu buka akaun modal. Bila sebut akaun modal bukannya akaun bank anda. Ia adalah akaun khas tempat letak modal bisnes topup.

Bila modal masuk dalam akaun ini, anda dapat beli topup pada harga diskaun. Dipotong terus dari jumlah akaun modal anda. Akaun ini menggunakan nombor henpon anda sebagai rujukan.

Jadi, sebaiknya jangan lah asyik tukar nombor henpon saja. Atau paling baik beli satu nombor henpon khas untuk jual topup saja.

Contoh kalau anda seorang ejen Master Dealer dapat untung jual topup Celcom 5%. Bermaksud 5% daripada nilai topup. Jika nilainya RM10 maka 50 sen dapat, jika RM5 maka 25 sen dapat, jika RM30 maka RM1.50 dapat.

Secara ringkasnya begini contoh kiraannya :
  1. Seorang kawan anda nak beli topup Celcom RM50 untuk aktifkan internet bulanan katanya. Dia akan bayar anda RM50.
  2. Anda akan login masuk akaun modal, di dalamnya ada RM200 misalnya. Apabila anda topup nombor henpon kawan anda itu, akaun hanya dipotong sebanyak RM47.50. Bukannya RM50. Ini berdasarkan diskaun 5% yang diterima anda sebagai untung.
  3. Jadi, kawan anda bayar RM50 maka untung RM2.50 itu anda dapat tunai. Akaun modal anda cuma dipotong RM47.50 sahaja. Mudah saja kiraannya. Senang faham.
Berdasarkan perkiraan di atas, itu baru saja sekali topup RM50 Celcom dapat untung 5% = RM2.50. untuk seorang pelanggan atau satu nombor henpon.

Kalau kawan anda ada 2-3 nombor henpon, campur semua dapat sehingga lebih 10%. Kalau anda ramai kawan yang nak topup, sudah berapa % boleh dapat. Belum lagi kalau anda jual secara terbuka dengan buka kaunter jualan di rumah atau kiosk jualan.

No comments:

Post a Comment