Thursday, August 24, 2017

Mesin Printer Topup Untuk Apa?


Setelah menjadi Master Dealer topup, kita bercadang mahu beli mesin topup lagi. Apa yang mesin ini boleh buat?
  1. Cetak nombor pin topup
  2. Cetak bayaran bill
Sesetengah orang tak mahu topup terus. Ada yang mahukan nombor pin atas alasan peribadi. Mungkin tak mahu nombor telefonnya diketahui, mungkin juga mahu simpan nombor pin untuk guna bila bila masa perlu.

Kita boleh cetak saja nombor pin bagi telco yang banyak pelanggan kita mahu. Contoh cetak saja 10 keping nombor pin digi RM10. Apabila pelanggan mahu beli, keluarkan saja dalam simpanan dan jual. Stok sudah tersedia.

Bagi Master Dealer yang ada kedai sendiri, mesin ini sediakan saja di kaunter bayaran. Pelanggan mahu baru cetak. Bahkan kaunter itu juga boleh buat urusniaga bayaran bil tertentu. Jadi, pelanggan akan tahu bil apa boleh dibayar dan mereka tak perlu pergi jauh dan berbaris di kaunter pejabat pos untuk bayar bil utiliti.

Walaupun ada bil boleh dibayar guna online banking, bagi sesetengah orang ada yang suka bayar tunai di kaunter. Atau ternampak saja ada kaunter bayaran bil, akan terus buat bayaran untuk tidak mahu buang masa tunggu lama atau bertangguh bayar bil.

Ini adalah perkhidmatan untuk kemudahan pelanggan. Jadi, kita boleh adakan khidmat ini. Setiap kali transaksi bayaran dilakukan, komisen dalam bentuk diskaun daripada potongan duit dalam akaun diberikan. Satu bil satu transaksi. Kalau ada 5 bil sekaligus maka dikira 5 transaksi yang akan diberi komisen.

Mahu beli Mesin Topup...??

Pin Prabayar dan 
bil Pascabayar apa 
yang boleh dicetak...??

No comments:

Post a Comment