Friday, August 25, 2017

Bila-bila Masa di Mana-mana Saja

Hari ini komunikasi tanpa sempadan telah menghubungkan manusia dengan mudah

Menjadi nadi penghubung berterusan

Tetapkan apa matlamat kita menyertai bisnes topup. Adakah untuk dapat untung semata mata? Memperoleh untung sudah semestinya. Namun mesti ada matlamat lain yang lebih bersifat kemanusiaan atau emosional, yang menjadi sebab utama kenapa orang mahu berurusan dengan kita.

Pengguna smartphone ini terdiri daripada pelbagai latarbelakang individu. Ada yang berkerjaya profesional, ahli perniagaan, pekerja biasa, pelajar universiti dan sekolah, serta banyak lagi. Statistik menunjukkan bahawa ada juga seorang pengguna memiliki sekurang kurangnya dua akaun telco atau nombor telefon. Masing masing ada sebab tersendiri kenapa perlu ada dua nombor.

Selain pengguna nombor prabayar, ramai juga yang menggunakan pascabayar atau menggunakan bil. Myprepaid2u juga menyediakan perkhidmatan pembayaran bil utiliti lain seperti TNB dan Astro. Maklumat lanjut perkhidmatan selain topup klik disini.

Secara umumnya, pengguna smartphone ada di mana mana saja. Sama ada kenalan kita atau orang lain yang berdekatan dengan kita. Kedai telekomunikasi juga ada di mana mana, selain menjual smartphone turut memberikan perkhidmatan yang sama seperti Myprepaid2u. Tetapi bagaimanakah kita boleh menarik pelanggan yang biasanya selalu membeli di kedai atau tahu guna perbankan online untuk beli topup.

Kita jangan beri tumpuan kepada produk yang dijual, tumpukan kepada perkhidmatan yang mahu diberikan. Kerana topup ada dijual di mana mana dan khidmat bayaran bil utiliti juga boleh dibuat di tempat tertentu. Justeru, peranan kita tidak begitu menonjol dan menjadi sebab untuk orang membeli daripada kita.

Perkhidmatan yang boleh ditawarkan adalah "topup dulu, bayar kemudian" dan tertakluk kepada terma dan syarat. Kita boleh buka tawaran kepada orang tertentu sahaja yang kita sudah kenal untuk membuat topup bila bila masa di mana mana saja dan bayaran terkumpul boleh dibayar hujung bulan. Ini untuk perkhidmatan topup sahaja.

Kita juga boleh buka tawaran kepada orang tertentu untuk membuat topup bila bila masa di mana mana saja tetapi tempoh bayaran perlu dibuat apabila bertemu atau kita akan membuat kutipan sendiri. Ada pelanggan yang memang tak suka berhutang lama, tetapi jika ada kemudahan seperti ini mereka sangat berbesar hati kerana disaat perlu segera mereka tidak bersusah payah untuk mendapatkannya.

Pada masa yang sama juga boleh memberi tumpuan kepada khidmat kaunter bergerak bayaran bil utiliti. Nyatakan apa jenis bil yang boleh dibayar dan khidmat bergerak boleh dilakukan dengan berjumpa pelanggan. Atau jika pelanggan tidak kisah, minta nombor akaun bil dan kita buat transaksi bayaran dahulu. Resit bil akan dikeluarkan semasa membuat tuntutan bayaran. Jadi, pelanggan lebih mudah untuk bayar bil kerana kita sudah bayar dahulu untuk mereka.

Ada pelanggan yang sibuk dengan urusan harian mereka sehingga tidak berkesempatan membeli topup dan melakukan topup sendiri atau pergi ke mana mana kaunter pembayaran bil. Justeru, khidmat bergerak kita mungkin boleh membantu mereka dan menyelesaikan urusan yang kurang penting tetapi boleh terus kekal berhubung dengan perkhidmatan kita.

Bisnes topup dan khidmat bayaran bil kelihatan biasa biasa sahaja dan kadar keuntungannya sedikit sahaja. Namun, dengan khidmat melayani lebih ramai pelanggan dan berjumpa dengan mereka akan menghasilkan keuntungan terkumpul yang banyak. Bagi memastikan keuntungan yang stabil setiap bulan, usaha menarik pelanggan setia yang tetap perlu dilakukan.

Thursday, August 24, 2017

Akaun Simpanan Modal di Myprepaid2u

CARA TERBAIK MENYIMPAN WANG


# Adakah anda menyimpan wang di bank? Berapa pulangan diperoleh menyimpan di bank?

# Adakah anda juga menyimpan wang di ASB atau saham amanah yang lain? Berapa pulangan diperoleh menyimpan ASB?

Kita teruskan saja menyimpan di bank dan ASB jika ada keperluannya. Mungkin untuk persediaan di waktu kecemasan boleh terus keluarkan wang di mesin ATM atau lebih selamat dan selesa simpan di ASB.

Tahukah anda bahawa dengan memiliki akaun jualan topup seperti Myprepaid2u kita juga boleh menyimpan wang tetap dan paling menggembirakan setiap simpanan yang dibelanjakan untuk membeli dan menjual topup boleh disimpan semula serta menghasilkan untung antara 3%-7% bagi setiap transaksi.

Anda simpan RM500 misalnya, setiap perbelanjaan dan jualan RM10 topup celcom akan menghasilkan 5% untung bersamaan 50 sen. Jika kesemua RM500 itu dibelanjakan dan dijual maka untungnya RM500 x 5% = RM25.

Persoalannya berapa lama RM500 itu boleh habis dibelanja dengan jualan topup. Adakah 1 jam, setengah hari, 1 hari, seminggu, sebulan? Jika habis dalam tempoh 1 jam bermakna untung RM25 sejam. Simpan semula RM500 itu dalam akaun jualan topup dan berbelanjalah dengan menjual topup.

Bagaimana kalau dalam sehari boleh pusing modal RM500 sebanyak 2 kali? Untungnya RM50 sehari. Kalau seminggu RM50 x 7 hari = RM350. Kalau sebulan RM350 x 4 = RM1400. Itu contoh perkiraan untungnya jika berjaya menghasilkan jualan dengan pusingan modal yang pantas.

Adakah simpanan di bank dan ASB boleh buat begitu? Kita boleh kawal simpanan kita dan gunakannya untuk menjana untung. Itulah manfaat menyimpan wang sebagai modal jualan dalam akaun jualan topup.
------------------------------------------------------------
Maklumat lanjut dan pendaftaran di sini :
http://myprepaid2u.com/harisreload

Menyimpan Wang Dalam Bentuk Aset Bisnes


Menjana Untung Dengan Menyimpan Duit Dalam Akaun Modal Jualan Topup

Jangan kita melihat bisnes topup ini dari sudut jualan semata mata. Apabila melihat diri kita sebagai penjual maka kita akan terfikir ada banyak lagi bisnes lain yang lebih menguntungkan.

Topup hanya untung sen sen sahaja dan banyak lagi orang yang menjualnya. Lagi pun apabila menjualnya dengan kawan kawan selalu kena hutang dan ada yang tak dibayar.

Cuba lihat bisnes topup sebagai satu bentuk pelaburan untuk simpanan masa depan dengan menjana keuntungan. Sebelum itu ada 2 jenis pelaburan iaitu :

1. Pelaburan modal kewangan
2. Pelaburan aset modal

Pelaburan modal kewangan bermaksud kita simpan duit untuk dilaburkan sebagai modal bisnes dan dapat bahagian untung. Contoh ASB, duit kita simpan di ASB dilabur oleh PNB untuk projek ladang kelapa sawit misalnya. Cukup tempoh setahun dapat bahagian 10% daripada jumlah simpanan pelaburan kita.

Pelaburan aset modal pula bermaksud, beli peralatan atau sistem yang boleh menjana untung. Contoh rumah sewa, kos bina rm100 ribu. Sewa sebulan rm1000, setahun dapat rm120,000. Tolak kos bina dapat untung rm20,000. Itu belum lagi tolak kos baiki kerosakan jika ada atau tambahan parking kenderaan.

Topup Cara Mudah Belajar Menyimpan Dengan Melabur Duit dan Aset

Topup mempunyai 2 ciri pelaburan itu, bagaimana? Sebelum memulakan bisnes topup mesti ada alat dan sistemnya. Semua tu kena bayar dengan duit. Beli henpon dengan harga tertentu dan beli sistem topup pada harga tertentu.

Jika henpon harganya rm700 dan sistem topup rm50 maka kosnya adalah rm750. Ia adalah harga untuk beli aset modal. Kos itu tidak hangus sebaliknya sudah menjadi alat atau aset modal. Dengan modal rm750 sudah dapat menjana untung dengan menggunakan henpon dan sistem topup. Itu adalah harganya.

Tapi harga itu nanti akan berbaloi jika dapat membuat untung jualan topup. Keuntungannya akan berterusan sampai bertahun tahun. Kos rm750 itu menghasilkan keuntungan berlipat kali ganda kelak.

Tetapi, sebelum boleh menjana untung perlu simpan modal duit di dalam akaun jualan sistem topup. Duit ini kekal ada dalam simpanan modal, cuma ia boleh dipusingkan berkali kali jadi modal dan tidak beku terperap begitu saja dalam akaun.

Ini berbeza dengan duit yang kita simpan dalam akaun bank dan sama dengan duit yang disimpan dalam akaun pelaburan amanah seperti ASB. Cuma bezanya simpanan duit dalam ASB dengan akaun jualan topup adalah kita mengawal sepenuhnya pusingan modal duitnya. Bagaimana?

Apabila kita simpan rm500 misalnya ke dalam akaun jualan topup dan purata bagi semua untung jualan setiap topup adalah 7%. Keuntungan jualan tak dikira secara tahunan. Sebaliknya dikira dengan tempoh masa berapa cepat modal pusingan rm500 itu habis dalam akaun jualan.

Tapi duit itu tak hilang ke mana mana pun. Sebab bila kita jual topup, orang beli bayar tunai kita kumpul semula duit yang keluar dari akaun jualan topup menjadi duit tunai ditangan. Jadi, dengan modal pusingan rm500 purata untung 7% = rm35.

Persoalannya berapa lama pusingan modal itu dapat bertahan dalam akaun jualan? Bergantung kepada kekerapan orang membeli dan berapa ramai orang yang membeli daripada kita. Misalnya, disebabkan kita baru mula maka modal pusingan rm500 itu akan habis dalam tempoh seminggu je untuk bulan ini. Maka kiraannya rm35 X 4 minggu = rm140 sebulan.

Bulan depan hasil usaha kita perkenalkan jualan topup kepada lebih ramai kenalan membuatkan jualan meningkat dan dalam seminggu saja 2 kali pusingan modal rm500 itu berputar. Maknanya seminggu untung rm70 dan sebulan rm280.

Setiap bulan pusingan modal rm500 itu semakin rapat sehingga 10 kali bersamaan rm5000 seminggu. Bermakna untung rm350 seminggu dan dalam sebulan dapat rm1400.

Nah, nampak tak bagaimana dengan hanya bermodalkan harga henpon dan akaun sistem jualan berjumlah rm750 kemudian duit modal pusingan rm500 akhirnya menjana untung rm1400 sebulan.

Jumlah itu mungkin akan terus bertambah dari setahun ke setahun bergantung kepada berapa ramai orang yang beli dan berapa kerap orang yang topup.

Untuk mengetahui berapa ramai dan kerap, lihat trend penggunaan henpon semasa. Adakah sekadar untuk panggilan saja atau menggunakannya untuk bersosial di facebook, menonton youtube dan sebagainya. Ini kita kena perhatikan orang di sekeliling kita. Disitu lah nampak peluangnya.

Kesimpulannya, untuk menyimpan duit dengan bijak perlu melihat sejauh mana simpanan itu boleh memberi keuntungan. Menyimpan rm500 di dalam akaun ASB belum tentu untung banyak.

Begitu juga bila kita membeli aset atau peralatan, memiliki banyak rumah belum tentu boleh menjana untung. Jika ada 2 buah rumah tanpa disewa selepas 3 tahun belum tentu boleh dapat menjana untung rm16,800 setahun pada tahun ketiga jual topup. Kos beli 2 buah rumah rm200,000 manakala kos mula buat bisnes topup rm750 sahaja.

Cara berfikir akan menentukan sama ada kita untung atau rugi, cepat dapat untung atau tunggu masa lama nak mula buat bisnes tanpa buat untung sesen pun hanya merugikan masa kita.

Usah tunggu lama, masa terus berjalan. Mulakan saja buat bisnes topup sekarang, ia akan berkembang seiring dengan perjalanan masa?

Proses Beli Mesin Printer Topup


Bagaimana nak beli mesin topup daripada kami?

Anda boleh jadi Master Dealer dulu tanpa perlu beli mesin topup. Yuran buka akaun dikenakan RM50.

Jika anda mahu beli mesin topup terus, yuran buka akaun hanya RM20 sahaja. Mesin pula harga lain. Berapa harga satu set mesin? Sila whatsapp kami 0146782867.

Berikut adalah proses beli mesin topup daripada kami :

  1. Whatsapp kami dulu bagitahu minat nak beli untuk bisnes topup dan khidmat bayar bil. Tak minat tak perlu tanya. Saja nak tanya saja pun ok jerr. Takkan tanya pun tak boleh kan...
  2. Kami akan bagi detail tentang mesin topup, berapa harga termasuk pos dan cara bayaran dilakukan.
  3. Selepas bayaran disahkan, beri nama dan alamat anda untuk urusan poslaju. Nanti kita bincang dalam whatsapp. Tak nak pakai whatsapp, pm dalam facebook pun boleh.
  4. Selesai semua apa yang perlu buat, bungkusan poslaju mesin topup anda akan dihantar terus sampai ke alamat dituju. Sampai antara 3-5 hari waktu bekerja. 
Bagaimana kalau kertas cetak dah habis..??

Dalam set bungkusan yang dihantar cuma diberi 1 roll saja. Kalau dah habis boleh beli di kedai alatulis. Beli ikut saiz lebar kertas. Ada dijual dalam bentuk roll yang tebal dan nipis ikut harga.

Kertas cetak ini tak sama macam yang biasa, ia adalah jenis cetakan termal yang tak pakai ink. Anda boleh tanya towkey kedai atau pembantunya, kalau tak nak tanya pun boleh. Nak tau bagaimana rupa kertas cetak ini ialah perhatikan permukaan depannya berkilat dan licin.

Kalau tak ada jumpa di kedai alatulis berdekatan anda, whatsapp saja kami dan kami akan tolong beli. Kena beli banyaklah untuk stok jangka masa lama.

Khidmat Jualan Nombor Pin dan Bil Utiliti


Berikut adalah senarai pin prabayar dan bil bil yang boleh dibayar

Pin prabayar :
  1. Celcom pin
  2. Celcom idd pin
  3. Maxis pin
  4. Maxis plus pin
  5. Digi pin
  6. Digi wow pin
  7. Umobile pin
  8. Tunetalk pin
  9. Xox/onexox pin
  10. Tmgo pin
  11. Astro njoi pin
  12. Mol pin
  13. Merchantrade pin
  14. Lebara pin
  15. Yes pin
  16. Frendi pin
  17. Grab pin

Bil pascabayar dan bil utiliti
  1. Celcom bill
  2. Maxis bill
  3. Digi bill
  4. Umobile bill
  5. Tm bill
  6. Redone bill
  7. Xox bill
  8. Yes bill
  9. Unifi bill
  10. Astro bill
  11. Tnb bill
  12. Syabas bill
  13. Indahwater bill
  14. Air melaka bill
  15. Air johor bill
  16. Air perak bill
  17. Air kelantan bill
  18. Air kuching bill
  19. Sada bill
  20. Satu bill
  21. Webe p1 bill
  22. Sains bill
  23. Sesb bill

Mesin Printer Topup Untuk Apa?


Setelah menjadi Master Dealer topup, kita bercadang mahu beli mesin topup lagi. Apa yang mesin ini boleh buat?
  1. Cetak nombor pin topup
  2. Cetak bayaran bill
Sesetengah orang tak mahu topup terus. Ada yang mahukan nombor pin atas alasan peribadi. Mungkin tak mahu nombor telefonnya diketahui, mungkin juga mahu simpan nombor pin untuk guna bila bila masa perlu.

Kita boleh cetak saja nombor pin bagi telco yang banyak pelanggan kita mahu. Contoh cetak saja 10 keping nombor pin digi RM10. Apabila pelanggan mahu beli, keluarkan saja dalam simpanan dan jual. Stok sudah tersedia.

Bagi Master Dealer yang ada kedai sendiri, mesin ini sediakan saja di kaunter bayaran. Pelanggan mahu baru cetak. Bahkan kaunter itu juga boleh buat urusniaga bayaran bil tertentu. Jadi, pelanggan akan tahu bil apa boleh dibayar dan mereka tak perlu pergi jauh dan berbaris di kaunter pejabat pos untuk bayar bil utiliti.

Walaupun ada bil boleh dibayar guna online banking, bagi sesetengah orang ada yang suka bayar tunai di kaunter. Atau ternampak saja ada kaunter bayaran bil, akan terus buat bayaran untuk tidak mahu buang masa tunggu lama atau bertangguh bayar bil.

Ini adalah perkhidmatan untuk kemudahan pelanggan. Jadi, kita boleh adakan khidmat ini. Setiap kali transaksi bayaran dilakukan, komisen dalam bentuk diskaun daripada potongan duit dalam akaun diberikan. Satu bil satu transaksi. Kalau ada 5 bil sekaligus maka dikira 5 transaksi yang akan diberi komisen.

Mahu beli Mesin Topup...??

Pin Prabayar dan 
bil Pascabayar apa 
yang boleh dicetak...??

Bagaimana Menjana Untung Bisnes Topup


Kefahaman bagaimana dapat untung bisnes topup sangat penting bagi seorang beginner atau yang baru nak berjinak jinak dengan bisnes ini.

Asasnya, bila anda jadi ejen jual topup perlu buka akaun modal. Bila sebut akaun modal bukannya akaun bank anda. Ia adalah akaun khas tempat letak modal bisnes topup.

Bila modal masuk dalam akaun ini, anda dapat beli topup pada harga diskaun. Dipotong terus dari jumlah akaun modal anda. Akaun ini menggunakan nombor henpon anda sebagai rujukan.

Jadi, sebaiknya jangan lah asyik tukar nombor henpon saja. Atau paling baik beli satu nombor henpon khas untuk jual topup saja.

Contoh kalau anda seorang ejen Master Dealer dapat untung jual topup Celcom 5%. Bermaksud 5% daripada nilai topup. Jika nilainya RM10 maka 50 sen dapat, jika RM5 maka 25 sen dapat, jika RM30 maka RM1.50 dapat.

Secara ringkasnya begini contoh kiraannya :
  1. Seorang kawan anda nak beli topup Celcom RM50 untuk aktifkan internet bulanan katanya. Dia akan bayar anda RM50.
  2. Anda akan login masuk akaun modal, di dalamnya ada RM200 misalnya. Apabila anda topup nombor henpon kawan anda itu, akaun hanya dipotong sebanyak RM47.50. Bukannya RM50. Ini berdasarkan diskaun 5% yang diterima anda sebagai untung.
  3. Jadi, kawan anda bayar RM50 maka untung RM2.50 itu anda dapat tunai. Akaun modal anda cuma dipotong RM47.50 sahaja. Mudah saja kiraannya. Senang faham.
Berdasarkan perkiraan di atas, itu baru saja sekali topup RM50 Celcom dapat untung 5% = RM2.50. untuk seorang pelanggan atau satu nombor henpon.

Kalau kawan anda ada 2-3 nombor henpon, campur semua dapat sehingga lebih 10%. Kalau anda ramai kawan yang nak topup, sudah berapa % boleh dapat. Belum lagi kalau anda jual secara terbuka dengan buka kaunter jualan di rumah atau kiosk jualan.

Proses Pendaftaran Akaun Topup


Selepas mengetahui serba sedikit maklumat tentang peluang jadi ejen Master Dealer topup, ramai yang akan mula tanya bagaimana nak join? Bagaimana nak daftar? Bagaimana nak bayar? Berapa modal nak pusing? Berapa yuran nak aktif akaun ejen?

Persoalan ini sangat penting sebelum buat keputusan jadi ejen. Secara ringkas, berikut adalah prosesnya sehingga perkhidmatan jualan anda mula beroperasi :

  1. Kami tanya dulu, anda minat nak bisnes topup atau tak. Kalau tak minat jangan teruskan baca proses ke-2.
  2. Yuran aktif akaun RM50 sekali seumur hidup. Ini belum termasuk modal lagi. Ini bayaran hangus sekali pakai. Untuk modal sila tambah kemudian. Tak kira berapa banyak, RM50 atau RM500 sukahati anda nak jadikan modal pusingan.
  3. Cara nak bayar yuran, bank in ke akaun maybank kami. Whatsapp ke 0146782867 untuk dapatkan nombor akaun.
  4. Selepas kami sahkan pembayaran dah buat, kami akan masuk dalam sistem dan daftar NAMA anda dan NOMBOR HENPON anda sebagai nombor akaun. Nombor henpon ini saja yang boleh diguna untuk masuk akaun modal anda bagi urusniaga jualbeli dan tambah modal.
  5. Anda akan terima password untuk masuk akaun modal. Klik DISINI untuk tengok bagaimana rupa website untuk masuk akaun bisnes ejen topup anda. Anda diminta masukkan nombor henpon yang didaftar dan password. 
  6. Peringatan... Sila simpan baik baik password, ingatkan dan jangan lupa. Anda boleh tukar password yang senang nak ingat setelah berjaya masuk akaun. Ini bukan sebarangan akaun, di dalamnya ada duit modal anda. Perlu ambil serius perkara ini. Kalau lupa kemungkinan akaun anda takkan dapat masuk lagi adalah tinggi.
  7. Anda juga boleh masuk akaun menggunakan android apps. Klik Disini untuk download apps di Google playstore. Setelah berjaya download, pertama kali guna sila masukkan server key "myprepaid2u". Selepas sistem server ditetapkan sila masukkan nombor henpon yang didaftar dan password. Password juga boleh ditukar selepas berjaya masuk.
  8. Anda cuba terokai sendiri dulu setiap fungsi dalam sistem akaun website dan aplikasi android tersebut. Kalau ada yang tak faham, whatsapp saja dan kami akan bimbing untuk faham bagaimana guna.
  9. Sudah faham semuanya bagaimana nak guna seperti cara nak jual guna direct topup, cara nak jual guna softpin, cara nak bayar bil dan sebagainya. Maka anda tentu lah tak nak buang masa mahu mulakan bisnes.
  10. Bayaran RM50 sebelum ini cuma untuk aktif akaun dan bimbingan lanjut cara nak guna sistem dalam akaun. Untuk mula bisnes anda perlu tambah modal dalam akaun tersebut dengan jumlah pusingan minimum RM50. Tapi kalau anda mahu mula jual pada orang lain sekurangnya sediakan RM100 dalam akaun.
  11. Bagaimana nak tambah modal tersebut. Ada dua pilihan kami beri. Anda bank in terus ke akaun maybank Admin syarikat yang menyedia sistem itu, atau kami bantu anda bank in tanpa sebarang caj.
  12. Kenapa kami mahu bantu anda? Sebelum ini pernah berlaku masalah bank in ejen topup kami tidak masuk akaun modal lebih daripada sehari akibat kesilapan kod. Perkara ini terjadi kerana baru nak mula. Belum biasa guna.
  13. Bagaimana kami akan bantu anda? Anda bank in ke akaun maybank kami jumlah modal yang nak dimasukkan ke dalam akaun topup anda (whatsapp kami untuk minta nombor akaun maybank). Kami akan transfer jumlah tersebut dari akaun kami ke akaun anda.
  14. Apabila anda sudah pandai bank in sendiri terus ke akaun penyedia perkhidmatan sistem, anda lakukanlah sendiri lagi. Kini anda sudah tau mengurus akaun bisnes topup sendiri. Kami akan beri nombor akaun di mana perlu anda bank in terus tanpa melalui kami lagi.
  15. Pastikan bila anda bank in sendiri guna kod sms yang betul atau boleh juga guna android untuk memberitahu kepada Admin penyedia sistem bahawa anda ada bank in tambah modal. Whatsapp kami untuk dapatkan kod sms dan nombor henpon yang nak dituju. Bank in hari ini mesti hantar sms atau beritahu guna android hari ini juga. Jangan tunggu esok.
  16. Tapi kalau anda masih mahu kami bantu bank in dan transfer ke dalam akaun modal bisnes topup anda tak ada masalah. Tiada caj servis dikenakan. Ianya percuma saja.
  17. Selain guna website dan android, anda juga boleh topup guna sms. Tapi caj biasa sms akan dikenakan oleh penyedia khidmat telekomunikasi anda. Kalau banyak kali sehari memang nampak rugi berbanding guna line internet untuk website dan android.
  18. Sms adalah pilihan terakhir jika anda nak topup diluar kawasan liputan internet, atau signal internet 3G/4G henpon tak kuat. Nak topup guna sms ada kod nya sendiri dan hantar ke nombor henpon khas dituju. Untuk bantuan whatsapp saja kami nanti.
Begitu lah proses pendaftaran ejen sehingga anda berjaya buat sendiri bisnes topup. Kalau dalam proses itu anda kurang jelas atau masih tak faham, whatsapp saja kami di 0146782867 dengan menyatakan apa yang anda tak faham.
_______________________________________

  • Proses cara daftar dah faham sikit sikit, tapi anda masih kurang faham bagaimana komisen jualan dibayar. Baca POSTING INI.

Tak Rugi Jual Topup


Ada orang jual topup ni untuk suka suka saja pada mulanya. Tapi lama kelamaan apabila ramai kawan, saudara mara, kawan kepada kawan, kawan kepada saudara mara yang topup.

Komisen yang sen sen saja untuk sekali nilai topup terkumpul jadi banyak dan mula menjadi satu sumber pendapatan yang lumayan.

Tak susah mana pun jual topup, walaupun banyak kedai yang jual topup atau perbankan online yang jual topup. Barang yang sangat perlu dan banyak diguna ramai orang yang mempunyai smartphone.

Tak kira orang tua atau muda, ada yang sudah pandai pakai facebook, whatsapp. Habis saja kredit atau kuota internet maka henpon perlu di topup semula.

Apa classs jual topup?? Bisnes budak budak?? 

Tak kira apa barang sekalipun kalau jual boleh buat duit, ia tetap bisnes yang menguntungkan. Kalau kita tak nak lagi jalankan bisnes ini kelak, serah pada anak anak dan latih mereka cara bagaimana nak urus atau guna.

Rugi kalau pelanggan tetap sudah ramai mahu ditutup bisnes. Kita sudah mulakannya dengan baik dan cemerlang, maka perlu diteruskan dengan menyerahkan semua pelanggan setia kepada pewaris terdekat.

Kalau kita mahu buka kedai makan atau kedai alatulis atau runcit sekalipun, bisnes topup ini masih boleh dibawa bersama dalam rangkaian bisnes baru. Kalau kerja di pejabat sekalipun tetap juga ada pelanggan.

Apa nak malu jual topup. Kalau tak ada topup, henpon mahal jenama apple sekalipun langsung tak boleh pakai. Hanya untuk glamer dan perhiasan saja tapi kredit di dalam kosong.

Apa Mahu Tunggu Lagi...!!
Tak perlu ragu ragu

Kelebihan Mendaftar Myprepaid2u

Login akaun topup reload melalui website

Kelebihan menyertai kami berbanding syarikat prepaid lain. Berikut adalah apa yang ditawarkan oleh penyedia sistem perkhidmatan :
  1. Setiap ahli akan di beri id dan password webserver untuk membuat topup online dan melihat keuntungan jualan serta menentukan keuntungan jualan agen anda
  2. Profit keuntungan bagi setiap reload paling tinggi di Malaysia
  3. Boleh reload melalui sms, wechat, android app, srs messenger, telegram dan facebook messenger
  4. Menggunakan sistem ereload-24jam, cepat, pantas, tepat
  5. Tambah modal ambil masa 5-90 minit
  6. Mempunyai sistem printer resit e-pay (beli mesin topup baru dapat cetak)
  7. Mempunyai keseluruhan produk melebihi 70 produk setakat ini
  8. Syarikat ini kini sudah beroperasi sejak 2008 (8 tahun di pasaran dan sudah dipercayai ramai ejen)

Selain komisen yang tinggi sebagai master dealer, apa lagi kelebihan dengan menyertai ejen topup kami.
  1. Pihak HQ mengenakan yuran bayaran Rm200 untuk jadi Master Dealer. Kami pula hanya Rm50 sahaja.
  2. Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan akaun modal ejen topup anda, whatsapp saja kami. Kami akan cuba selesaikan.
  3. Kami juga menyediakan khidmat bantuan percuma untuk urusan tambahan modal ke dalam akaun modal anda bagi mengelak sebarang masalah lambat masuk.
  4. Jika anda ada akaun facebook, kami akan masukkan dalam group khas untuk sebarang pertanyaan dan tips bagi mengelak permasalahan dalam bisnes topup.
  5. Kami menyediakan khidmat pelanggan mesra pengguna kepada anda. Tanya guna whatsapp, messenger, sms, email.

Pakej Akaun Master Dealer


Mahukah anda menjadi seorang Master Dealer Jualan Topup atau Reload? Master Dealer bermaksud anda menerima komisen yang tinggi dan boleh melantik ejen jualan sendiri.

Berapakah komisen diterima?
  • Celcom 5.0%, Maxis 3.5% , Digi 3%, Tunetalk 4.5%, Umobile 4.5%, XOX 3.0%, onexox  3.0%, italk 5.5%, marcentrade 3.5%, Njoi 2.5%, dan banyak product lain
  • Dan bayar BILL POSTPAID rm 0.45/bill..
  • MENDAPAT KEUNTUNGAN 0.5% DARI SETIAP JUALAN AGEN ANDA
  • Sebagai contoh komisen Celcom 5% bermaksud 5% daripada harga topup misalnya RM10 maka komisen dapat 50sen. Komisen ini dalam bentuk diskaun untuk setiap topup yang dijual. 

Bagaimana mahu menyertai?
  • Pendaftaran sekali seumur hidup RM50. Tertakluk kepada promosi semasa.
  • Kami akan daftarkan anda selepas bayaran dibuat. Nyatakan nama penuh dan nombor telefon yang hendak didaftarkan. Nombor telefon ini kelak akan berfungsi sebagai nombor akaun untuk urusniaga jualbeli topup anda.
  • Akaun ini diguna untuk urusan jualbeli dan komisen dalam bentuk diskaun. Contoh anda jual topup Celcom RM10 maka diskaun 5%. Akaun anda akan dipotong RM9.50 dan komisen 50sen anda peroleh tunai semasa pelanggan yang membelinya membayar anda RM10.
  • Selepas pendaftaran anda akan diberi link untuk download aplikasi, juga boleh guna kod sms sebagai alternatif jika line internet terganggu.
  • Anda juga akan diberi maklumat penting bagaimana untuk tambah modal dalam akaun jualan.
  • Jika berminat, whatsapp atau sms terus ke 0146782867.

Kenapa jual topup?
  • Walaupun hanya untung sen sen tetapi setiap hari orang di sekeliling kita guna henpon untuk online, facebook, whatsapp, download games atau lagu atau apps di google playstore.
  • Orang lebih suka nak guna topup cepat apabila sangat diperlukan dan tidak mahu pergi kedai jauh jauh. Ikuti tips kami dalam posting akan datang bagaimana mahu elak pelanggan topup yang tak mahu bayar hutang.
  • Zaman sekarang, apa saja bisnes yang boleh buat duit perlu direbut. Apatah lagi bisnes topup ini mudah saja dan penggunanya ramai. Tawarkan saja kepada orang lain anda ada jual topup, mereka akan beli kerana ia satu keperluan wajib untuk terus berhubung.


Tak rugi jual topup?
  • Sikit sikit lama lama jadi bukit, untung sen sen tetapi topup yang dijual adalah pelbagai dan bukan hanya satu penyedia perkhidmatan sahaja. Maxis, Digi, Celcom, Tunetalk, Onexox, Altel dan sebagainya. Anda sudah ada akaun dan jadi Dealer nanti akan tahu berapa banyak yang ada. Sudah daftar baru tau.
  • Anda ada bisnes lain sekalipun, tetap boleh buat bisnes topup. Kalau tidak secara terbuka pun, pelanggan tetap yang kenal anda saja sudah cukup buat mereka akan selalu topup dari anda berkali kali.
  • Sekiranya anda mahu kembangkan lagi potensi mendapat pelanggan yang lebih ramai, perlu beli mesin topup. Penerangan lanjut tentang mesin ini akan dibuat dalam posting lain pada masa akan datang. Tentu anda mahu bisnes yang boleh berkembang maju.
Apa tunggu lagi? Hubungi kami dengan segera, sms atau whatsapp 0146782867. Buka akaun jadi Master Dealer pun boleh, nak beli mesin topup kemudian tak apa. Yang penting bisnes topup sudah jalan dulu.

Sekiranya ada pertanyaan lanjut, juga boleh ajukan melalui messenger di akaun peribadi facebook kami. Link akaun fb ada di page Tentang Kami

Lagi maklumat lanjut Disini
____________________________________

  1. KENAPA ANDA PERLU MENYERTAI KAMI...??
  2. TAK RUGI JUAL TOPUP...??
  3. MAHU DAPATKAN MESIN TOPUP...??

Tips 5 : Jadilah Seperti Stesen Minyak

Tips Reload 5 :
Menjadi Stesen Yang Sedia Memberi Perkhidmatan Sepanjang Masa

Orang membeli bukan kerana apa yang kita jual. Orang boleh beli di mana mana saja barang yang sama seperti kita jual. Jadi, kenapa orang perlu membeli daripada kita dan siapa perlu membeli daripada kita?

Orang membeli daripada kita kerana kemudahan untuk mereka yang mengenali kita dan berada di sekeliling kita. Bukan semua orang perlukan kemudahan kita jika mereka susah nak dapatkan kemudahan itu.

Susah kerana mereka jauh, susah juga sebab mereka tak mahu menyusahkan diri walaupun kita cuba memberi kemudahan yang cukup kepada mereka.

Fokus kepada orang terdekat saja kerana adalah lebih mudah melakukan traksaksi pembayaran tunai. Di mana mereka yang menjadi pelanggan setia boleh memohon agar transaksi dapat dilakukan walaupun di mana saja mereka berada.

Sama ada mereka di rumah, di tempat kerja, outstation, sedang makan atau bersantai bersama keluarga, apabila kehabisan kredit dan tempoh boleh whatsapp terus kepada kita tanpa perlu risau terputus hubungan.

Bayaran akan dilakukan bila berjumpa dengan kita atau kita berjumpa dengan mereka selepas kembali daripada kerja outstation. Permudahkan urusan orang lain maka mereka pun selesa mahu berurusan dengan kita.

Mulakan bisnes tepi yang mudah. Kunjungi kedai online kami di sini
 
Kemudahan ini bukan semua orang boleh menikmatinya. Hanya golongan tertentu saja iaitu mereka yang berdisiplin dalam membayar hutang. Cari sebanyak mungkin orang sebegini di sekeliling kita dan jadikan mereka pelanggan setia yang tetap. Misalnya rakan sekerja kita, pekerja pekerja lain yang berada dalam organisasi tempat kita bekerja misalnya di kilang, di dalam sebuah bangunan syarikat yang besar. Kita perlu tahu tips bagaimana untuk mengelak hutang atau dihutang. Mereka akan faham walaupun ada kalangan mereka itu memang tidak suka berhutang. Berterus terang itu lebih baik.

Kita ibarat sebuah stesen minyak, keperluan topup sentiasa ada sepanjang masa. Tapi bukan semua orang kita fokus. Fokus kepada golongan yang boleh dipercayai dan yakin dengan perkhidmatan kita. Tidak perlu sasar semua kumpulan, cukup sasarkan dalam satu kelompok yang selalu kita jumpa atau berurusan setiap hari. Seperti dalam sebuah organisasi. Mungkin dalam organisasi itu ada 100 orang pekerja, mungkin 10% daripada mereka atau 10 orang boleh menjadi pelanggan setia. Kemudian, mungkin juga kita boleh sasarkan kumpulan dari kalangan penduduk kawasan kejiranan di mana tempat kita tinggal.

Ingat... kita perlu jadikan diri kita seperti sebuah stesen dan pastikan orang tahu bahawa kita adalah stesen yang ada menjual topup atau bayaran bil. Maka, orang di sekeliling kita tak akan pergi jauh untuk mendapatkan perkhidmatan yang sama seperti yang ada di mana-mana saja. Ini akan menjimatkan kos pengangkutan mereka, jimat masa serta tenaga mereka.

Mahu tahu lanjut lagi?? Tak payah PM. Mula terokai maklumat bisnes topup 
DI SINI

Tips 4 : Catatkan Urusniaga Hutang

Tips Reload 4 :
Buat Satu Buku Catatan Hutang Sementara

Walaupun anda tak digalakkan untuk memberi hutang kepada pelanggan, bukan bermakna kepada semua orang. Anda cuma memberi kelonggaran untuk pelanggan yang tidak berhutang terlalu lama dan berdisiplin membayar hutangnya.

Saya pernah tanya pelanggan saya kenapa tak kumpul sekaligus topup yang hanya RM10, cukup terkumpul RM50 baru bayar. Jawapannya tak mahu berhutang, risau lupa nak bayar. Ini contoh pelanggan yang bagus.

Walaupun demikian, disebabkan mungkin ramai pelanggan setia yang baik dan berdisiplin bayar hutang, anda tetap perlu buka satu buku rekod supaya tidak lupa dan catat nama pelanggan setia tersebut. Ini sebagai langkah backup.

Mulakan bisnes tepi yang mudah. Kunjungi kedai online kami di sini

Dalam sistem akaun myprepaid2u, semua rekod jualan sudah disimpan tapi cuma nombor henpon dan dianggap satu transaksi antara anda dengan myprepaid2u. Bukan dengan pelanggan anda. Dengan buku rekod ini lah boleh tahu pelanggan yang sudah bayar atau belum.

Ada pelanggan setia akan bertanya sendiri sama ada hutangnya semalam atau dua hari lepas sudah bayar ke belum. Kadang kadang kita sendiri lupa kerana terlalu banyak transaksi jualan dan sibuk dengan urusan harian. Rekod ini akan dicatatkan sebagai sudah bayar atau belum.

Sebarang pertanyaan atau berminat menjadi Master Dealer boleh wasap ke 014-6782867

Mahu tahu lanjut lagi?? Tak payah PM. Mula terokai maklumat bisnes topup 
DI SINI

Tips 3 : Jangan Mulakan Dengan Dihutang

Tips Reload 3 :
Jangan Bermula Dengan Hutang

Apabila anda baru nak mulakan bisnes topup dengan modal pusingan yang rendah, jangan mahu dihutang. Siapa nak topup bayar cash terus. Wasap boleh, sms boleh tapi bila jumpa nanti mesti bayar terus.

Malam ini wasap suruh topup, esok lusa jumpa bayar terus. Jangan terima hutang sampai hujung bulan terima gaji bayar. Itu adalah syarat wajib perlu dari mula lagi. Modal anda masih sedikit dan memerlukan isian semula pusingan modal segera selepas habis dalam akaun.

Mulakan bisnes tepi yang mudah. Kunjungi kedai online kami di sini

Jika tidak, bisnes topup anda akan tersangkut pada modal yang tak dibayar. Anda mesti tegas kerana jatuh bangun bisnes topup ditangan anda. Pedulikan kata kata rakan yang mempersendakan anda kerana tak mahu dihutang.

Tinggalkan rakan yang suka berhutang tapi susah nak bayar cepat. Mereka ini tidak membantu dan menyokong bisnes anda. Fokus kepada mereka yang anda kenal dan mempunyai disiplin dalam hal duit atau tidak suka hutang lama lama.

Cari sebanyak mungkin orang yang boleh menjadi pelanggan tetap anda dan tawarkan khidmat jualan topup dulu bayar kemudian. Malam malam nak topup atau sewaktu kecemasan nak guna topup anda terima permintaan mereka.

Mereka inilah yang akan membantu mengembangkan bisnes topup anda.

Mahu tahu lanjut lagi?? Tak payah PM. Mula terokai maklumat bisnes topup 
DI SINI

Tips 2 : Modal Pusingan Mesti Berterusan

Tips Reload 2 :
Tetapkan Modal Pusingan Berterusan

Berapakah pusingan modal permulaan yang perlu anda tetapkan?

Bergantung kepada bilangan permintaan pelanggan anda dan jenis transaksi yang dilakukan. Bilangan permintaan adalah yang hanya topup saja dan transaksi pula sama ada reload atau bayaran bil.

Jika pelanggan masih sikit dan hanya reload saja maka cukup lah dahulu RM100 modal pusingan. Bayaran bil akan melibatkan jumlah yang banyak dan pusingan modal memerlukan sekurangnya RM300.

Mulakan bisnes tepi yang mudah. Kunjungi kedai online kami di sini
Namun, jika anda masih baru nak berjinak buat dulu jualan topup sahaja. Untung jualan daripada modal tetap akan digunakan untuk tambah modal tetap pusingan. Jadi, anda tak perlu pun guna sumber kewangan lain untuk suntik modal tambahan.

Sebagaimana yang telah dikongsikan sebelum ini, menjual topup ini adalah satu cara menyimpan wang yang boleh menghasilkan wang hanya dengan menetapkan berapa jumlah simpanan tetap permulaan. Misalnya RM500 jika ada daripada sumber simpanan lain.

Pusingan jualan yang hasilkan untung itulah nantikan akan menambah jumlah simpanan sedia ada. Sekali pusingan tambahannya adalah kira kira RM25. Bergantung kepada kerancakan jualan, pusingannya juga akan laju.

Dalam cabaran ekonomi dan kewangan masa depan, kita perlu mencari cara terbaik bagaimana menyimpan wang yang lebih aktif.

Sebarang pertanyaan atau berminat menjadi Master Dealer boleh wasap ke 014-6782867

Mahu tahu lanjut lagi?? Tak payah PM. Mula terokai maklumat bisnes topup 
DI SINI